Khamis, 10 Januari 2019

Gagal kali ke-4, remaja ugut tikam pegawai JPJ


 

 

Siapa sangka, tekanan gagal ujian boleh menyebabkan seseorang menyerang dan melukakan orang lain.

 

Bagi seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, dia bertindak mengacu pisau ke arah rusuk kanan seorang pegawai Jabatan Pengangkuan Jalan (JPJ) selepas gagal ujian lesen memandu buat kali ke-4.

Sampai macam tu tahap ‘frust’ remaja ini!

Menurut laporan Berita Harian, suspek, seorang penuntut kolej disahkan gagal semasa menjalani ujian ulangan lesen memandu ekoran beberapa kesalahan termasuk tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

Ekoran itu, remaja tersebut diminta untuk memberhentikan kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat di Batang Benar, Mantin, Negeri Sembilan. 

Ketika mahu menukar pemandu, suspek mengambil beg yang dibawa lalu mengeluarkan pisau pemotong sayur berukuran 30cm dan mengacukannya ke arah dada pegawai JPJ tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, pegawai JPJ berkenaan berjaya melepaskan diri dan keluar untuk meminta bantuan penyelia calon serta polis.

Polis turut melakukan ujian air kencing ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur dan didapati negatif dadah.

Tiada ulasan: