Jelasnya, ia berikutan ketika pembentukan Persekutuan, TMJ belum lagi dilahirkan.
"Kita ada senarai apa yang dikuasai oleh Persekutuan, ada yang dikuasai oleh negeri, dan ada disebut bahawa Federation tak boleh keluar kenyataan. Kalau dibuat kenyataan, negeri buat kenyataan kita tak boleh komen," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini.
Tunku Ismail melalui laman sosial Facebook pada Rabu bertitah, kerajaan perlu mula mentadbir, berhenti berperang antara satu sama lain dan berhenti mempolitikkan setiap isu.
Baginda juga akan terus konsisten dan berpegang teguh dengan prinsipnya menyuarakan pendapat terhadap kerajaan PH demi kesejahteraan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan