Komen-komen yang diluahkan oleh mereka dalam kalangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri pun sudah buka pekung menampakkan kemelut kedudukan jawatan nombor satu kerajaan - Perdana Menteri.
Sepatutnya dalam menempuh azam Tahun Baharu 2019, ungkapan-ungkapan berbaur provakatif dan sinikal perlu dielakkan.
Dengan kerajaan PH diketuai Tun
Dr. Mahathir Mohamad sendiri telah menzahirkan kehadiran 2019 akan lebih
bermakna untuk mendorong rakyat Malaysia terus berusaha mencapai
kejayaan yang lebih tinggi. Menteri-menteri dalam kerajaan seharusnya
bersama-samalah beriltizam untuk berusaha lebih kuat merealisasikan
impian Perdana Menteri.
Ini tidak. Masuk
sahaja 1 Januari, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sudah bikin
‘gempak’ mengatakan tempoh Dr. Mahathir menjadi ketua kerajaan tidak
pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
Sebaliknya
kata Ketua Sekretariat PH itu, ia cuma membuat perjanjian dan keputusan
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat ke jawatan itu selepas Dr.
Mahathir.
Si mangkuk tambah?
Kemudian
masuk pula ‘si mangkuk tambah’, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor, bekas
Ketua Angkatan Muda Keadilan yang merasakan ‘cadangan supaya Dr.
Mahathir mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri untuk tempoh
sepenggal (lima tahun) ini adalah wajar’.
Eh!
Semua pun kenal siapa Mohamad Ezam kan? Buka google, susur perjalanan
politiknya.
Bukankah kenyataan-kenyataan ‘mempersoalkan kedudukan orang nombor satu kerajaan’ hanya ‘mencurah minyak dalam api’ yang tidak enak di mata pelabur asing?
Bukankah kenyataan-kenyataan ‘mempersoalkan kedudukan orang nombor satu kerajaan’ hanya ‘mencurah minyak dalam api’ yang tidak enak di mata pelabur asing?
Dan baru sahaja
Ahad lepas Dr. Mahathir menyatakan beliau tidak akan melanggar janji
biarpun ramai perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bangun
berdiri menyatakan sokongan kepadanya ketika perwakilan mencadangkan
supaya beliau terus kekal Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum
Ke-15 (PRU-15) akan datang.
Kalau
diikutkan, beliau tidak akan melanggar janji untuk memegang jawatan itu
selama dua tahun seperti dipersetujui sebelum ini, tempoh maksimum itu
kelak akan jatuh pada 9 Mei 2020. Jadi, tunggu sajalah wahai Saifuddin
dan Mohamad Ezam.
Lagipun dah letih benar
dengar Dr. Mahathir berjanji pasal penggantinya. Pada 27 September lalu
semasa menjawab satu soalan pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global
Bloomberg yang dikendalikan wartawan, Fareed Zakaria di New York pun
beliau telah menyebut Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia
seterusnya.
Tuah
Jadi, kalau Dr. Mahathir pegang pada janji, siapa pula yang akan memungkirinya?
Adakah orang di sekeliling Anwar dalam PKR yang akan menabur duri terhadap laluan Presiden PKR itu untuk melangkah ke Putrajaya?
Apabila
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan
beberapa jawatan utama kepemimpinan parti itu menerusi lantikan termasuk
melibatkan musuhnya, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang
dilantik sebagai Naib Presiden, bukankah itu mempersoalkan kuasa
Presiden (Anwar)?
Itu belum lagi
spekulasi yang dicetuskan warganet terhadap gambar keluarga Mohamed
Azmin Ali dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercuti di sebuah
resort percutian di Marrakesh, Maghribi baru-baru ini - yang menjadi
tanda tanya sama ada mereka cuba memberi isyarat mengenai pakatan
kerjasama politik pada masa depan.
Cuma,
bacaan politik seperti itu begitu mudah. Hanya dilayangkan sekeping
gambar percutian, begitu mudahkah ditafsir ‘telah terjadi kemelut
dalaman PKR dan berlaku satu pakatan politik’? Apakah semudah itu?
‘Drama’
seperti ini pastinya bijak dianalisis oleh kerajaan PH sendiri. Jangan
ada ‘gunting dalam lipatan’ hanya untuk merebut kuasa ketika rakyat
mendambakan harapan cukup tinggi kepada kerajaan dalam mengurangkan
kemelut kos hidup yang tidak pasti titik noktahnya.
Dalam politik, selain kebolehan, mesti ada nasib dan ‘tuah badan’. Walau macam mana bergeliga sekalipun seseorang itu, tanpa nasib dan alur tangan yang tertentu, seseorang itu sukar menang untuk naik ke atas.
Dalam politik, selain kebolehan, mesti ada nasib dan ‘tuah badan’. Walau macam mana bergeliga sekalipun seseorang itu, tanpa nasib dan alur tangan yang tertentu, seseorang itu sukar menang untuk naik ke atas.
Bagi
Dr. Mahathir, tuah atau luck itu sudah mendatang kepadanya susulan
tenaga dan kekuatan peribadinya. Orang Melayu menyebut tuah badan ini
sebagai bulan jatuh ke riba.
Pujangga
Inggeris Shakespeare memanggilnya sebagai greatness being enstrusted
upon. Peluang begini sudah tidak ada lagi dalam politik selepas ini.
Dan tiada siapa yang akan ‘kempunan’ jika sabar menunggu sehingga 9 Mei 2020. Bukan begitukah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan