Selasa, 15 Januari 2019

Azeez ditahan SPRM?

Mohammad Arif Nizam

xMGF15012019_DATUK-C
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI
 

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Menurut sumber, bekas Pengerusi Tabung Haji akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah pagi esok.

Abdul Azeez tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 2.55 petang dengan menaiki kenderaan jenis Proton Perdana warna merah.

Pada 5 Oktober lalu, Abdul Azeez merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan abangnya, Abdul Latif Abdul Rahim dibebaskan selepas direman berhubung kes menerima rasuah.

Perintah tamat reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Afiq Hasan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM500,000 setiap seorang dengan dua penjamin.

Namun ketika itu siasatan membabitkan Abdul Azeez belum selesai dan SPRM akan memanggil lagi bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji bersama abangnya itu untuk melengkapkan siasatan.

Pada 26 September lalu, Abdul Azeez dan Abdul Latif direman selama lima hari dan selepas itu, Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan tempoh reman dilanjutkan lagi selama enam hari dan berakhir hari ini.

Abdul Azeez dan abangnya hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.30 pagi untuk prosiding reman, ketibaannya disambut hampir 100 penyokong yang menunggu sejak pukul 8 pagi.

Abdul Azeez dan abangnya itu disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek melibatkan Tabung Haji. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: