Beliau berkata itu misi utama dalam membina semula Pergerakan Wanita sebagai tulang belakang parti dalam membantu Umno untuk terus digeruni kawan dan lawan dalam kancah politik.
“Kita kena akui yang kita perlu rapatkan saf. Ia mesti erat bertaut kembali. Legasi yang kita ada sebelum ini perlu diteruskan dan diperkuatkan.
“Kita kena sedar Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi kuat seperti dulu. Jadi gerakan memperkuatkan Wanita dan parti ini akan dibuat sekarang, “ katanya dalam sidang media selepas pengumuman keputusan pemilihan tiga sayap Umno – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri 2018 oleh Setiausaha Kerja parti, Ab Rauf Yusoh hari ini.
Terdahulu, Ab Rauf mengumumkan kemenangan Noraini dan Naib Ketua Wanita baharu yang kini disandang Norliza Abdul Rahim selepas menewaskan pencabar masing-masing.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah undi yang diterima mereka dan semakan keputusan di laman web Umno Online masih belum dipaparkan sehingga kini.
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata suara Wanita Umno adalah penting untuk meningkatkan taraf dan maruah parti selain memperjuang isu-isu semasa.
Bekas Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil memutuskan tidak mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan kali ini sekaligus membuka ruang kepada tiga tokoh untuk bertanding iaitu Noraini yang berdepan bekas Ketua Wanita Siti Zaharah Sulaiman dan Naib Ketua Wanita Azizah Mohd Dun. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan