ISMAWEB
Mungkinkah demokrasi liberal sedang diIslamisasikan di Malaysia?
BANGI
– Peralihan kuasa selepas PRU14 lalu adalah contoh praktikal kejayaan
sistem demokrasi liberal dalam negara di mana Islam adalah agama
Persekutuan, kata pendakwah bebas, Ustaz Abdul Naser Abdul Rahman.
Beliau
berkata, Malaysia telah menerima sistem kerajaan berlandaskan falsafah
demokrasi Barat iaitu demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
“Islamis
abad 20 yang tidak taasub kepada Barat secara kasarnya terbahagi dua:
Pertama, yang tolak sistem Barat secara mutlak dan ingin kembalikan
sistem khilafah dan kedua, yang tidak tolak secara mutlak tapi menyertai
sistem demokrasi liberal untuk mengubah sistem dari dalam.
“Masalah
besar timbul kerana sistem demokrasi Barat berkait rapat dengan satu
lagi sistem Barat iaitu konsep negara (Nation State) atau Nasionalisme
yang berjaya pecah dan perintah (divide and rule) umat Islam,” katanya.
Katanya, sistem demokrasi di dunia moden juga telah banyak kali membawa kepada pertumpahan darah seperti Revolusi Perancis.
“Tetapi siapa sangka bahawa Malaysia menjadi negara misali bagi sistem demokrasi liberal,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.
Abdul
Naser yang lebih dikenali sebagai Xifu Naser berkata, muslim demokrat
melihat demokrasi sebagai platform di mana rakyat dan pemimpin boleh
berbincang untuk mencapai konsensus supaya keputusan yang dibuat adalah
terbaik.
“Maknanya
pemimpin dan rakyat sama-sama rasa bertanggungjawab dalam membuat
keputusan. Konsensus dan tanggungjawab kolektif ini amat dirasai dalam
pelancaran Tabung Harapan Malaysia.
“Kita
lihat rakyat marhaen, pemimpin-pemimpin politik dan hatta Agong sekali
sama-sama berusaha menyumbang duit masing-masing demi menjelaskan hutang
negara,” katanya.
Selain itu beliau berkata, muslim demokrat juga berusaha menonjolkan maqasid insaniyyah.
“Contohnya,
perbincangan maqasid syariah tentang hifz ad-din biasanya tentang
amanah menjaga agama Islam. Tetapi perbincangan maqasid insaniyyah
adalah tentang amanah menjaga kerohanian.
“Setiap
manusia, walaupun berbeza agama, memiliki dimensi rohani yang wajib
dijaga supaya menjadi rakyat yang baik. Maka, Rukun Negara yang pertama
adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.
“Seorang
Muslim Demokrat akan meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dalam
perjuangan demokrasinya dan menentang ateisme dan sebarang bentuk usaha
yang mengetepikan ketuhanan. Mungkinkah Liberal Demokrasi sedang
diIslamisasikan di Malaysia?,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan