Rabu, 20 Jun 2018

DAP akan bertemu Peguam Negara berhubung kes Teoh Beng Hock

DAP akan bertemu Peguam Negara berhubung kes Teoh Beng Hock 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata peguam negara mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis membuka semula siasatan.– Gambar fail The Malaysian Insight
 
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadi tumpuan berikutan keputusan kabinet hari ini untuk melakukan siasatan baru terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pertemuan akan diadakan dengan peguam negara untuk membincangkan skop siasatan.

Beliau berkata ini kerana hanya peguam negara mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis membuka semula siasatan.

"Kabinet telah menghantar pandangan mengenai pembukaan semula siasatan.

"Kita bincangkan perkara ini dengan Peguam Negara, dan ia akan diumumkan kemudian, kerana beliau yang mengendalikan terma perundangan kes itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP.

Pada 16 Julai, 2009, Teoh ditemui mati di tingkat lima pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau disoalsiasat selama 11 jam sebagai saksi dalam kes membabitkan dakwaan penyelewengan peruntukan oleh beberapa Adun.

Teoh merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

Pada 12 Mei, 2012 Putrajaya dan SPRM mengakui kecuaian dalam kematian Teoh, dan diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kerosakan RM600,000 dan RM60,000 ganti rugi kos.

Peguam keluarga Teoh ketika itu, Gobind Singh Deo berkata pihak keluarga mahu polis menjalankan siasatan lanjut ke atas kematian Teoh dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab.

"Saya rasa ini adalah kemenangan besar bagi keluarga Teoh. Selepas enam tahun perbicaraan, mereka kini mempunyai pengakuan daripada SPRM dan kerajaan bahawa pihak berkenaan bertanggungjawab atas kematiannya.

"Kami akan mendesak polis untuk tindakan berhubung perkara ini, Kami dah lakukan yang terbaik dalam perkara ini mengikut undang-undang. Kini terpulang kepada polis untuk lakukan apa yang perlu dan kami tidak akan berhenti mendapatkan keadilan untuk Teoh Beng Hock," kata Gobind dalam satu kenyataan ketika itu.

Tiada ulasan: