Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata keturunan
Sultan Johor mengamalkan menderma gaji sebagai sultan sejak lebih 100
tahun lalu.
“Ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-8, semua gaji dan elaun yang diterima daripada kerajaan Persekutuan diberikan kepada Yayasan Sultan Iskandar.
“Yayasan tersebut bukan sahaja membantu rakyat miskin, malah dana itu turut digunakan bagi membiayai pelajaran, bantuan bencana alam serta projek literasi komputer,” tulisnya menerusi Facebook.
Sultan Iskandar menjadi Agong ke-8 dari 1984 hingga 1989 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika masih bersama Barisan Nasional.
Menurut Sultan Ibrahim lagi, keturunan Sultan Johor mengamalkan mendermakan gaji sebagai sultan sejak lebih 100 tahun lalu.
“Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 1899 telah mendermakan gaji sebagai sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor bagi membantu bangsa Johor yang memerlukan.
“Segala hasil atau pendapatan kesultanan Johor datang daripada pengurusan perladangan sejak zaman Sultan Sir Ibrahim sehingga kini, dan beberapa perniagaan yang lain termasuk hartanah,” katanya.
kini, usaha itu diteruskan baginda yang mempunyai yayasan sendiri bagi membantu rakyat Johor dari segi pendidikan, kebajikan, biasiswa pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya. Dana itu menggunakan semua elaun diraja yang diterimanya.
Isnin lalu, Sultan Muhammad V dilaporkan bersetuju memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara.
“Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.
“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini,” menurut kenyataan Istana Negara.
Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan 30 Mei lalu untuk rakyat menyalurkan sumbangan selepas mengetahui hutang negara mencecah RM1 trilion dan jumlah kutipan itu mencecah RM56.662 juta setakat Isnin lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan