Tuesday, April 3, 2018

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor meninggal dunia

ANTARAPOS

Post Pic


SHAH ALAM:  Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd. Daud Tarihep, 66, meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Seri Manjung Perak.

Allahyarham menjadi wakil rakyat selama dua penggal dari 1999 hingga 2008 menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 2.49 pagi.

Jenazah arwah akan dibawa ke kediamannya di No 8, Jalan Petalawati 6/2B, di Shah Alam dan dijangkakan tiba selepas zohor untuk dikebumikan.


No comments: