MENARIK memerhatikan
perkembangan yang berlaku di dalam PAN sehubungan dengan isu perkataan
“kalau saya Tuhan” oleh Pengerusi Kanun PAN merangkap ahli Parlimen
Sepang, Hanipa Maidin.
Penasihat Umum PAN, Ustaz Ahmad Awang,
telah memberikan nasihat beliau pada 31 Mac lalu yang menyebut
melafazkan perkataan itu “boleh menjejaskan akidah tauhid sesiapa yang
melakukannya”, di mana penelitian ke atas rakaman video mendapati Hanipa
“terlibat melafazkan perkataan mentasybihkan makhluk dengan
Tuhan yang boleh menjejaskan akidah tauhid” sekali gus memerlukan Hanipa
“bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun”.
Di pihak Hanipa sendiri, beliau, yang sebelumnya menegaskan beliau “tak akan tarik balik kenyataan (beliau) dan "(he is) insyaAllah ready to fight back even alone"
dan beliau “tidak teragak-agak untuk saman golongan agama yang jatuhkan
hukuman ke atas (beliau) secara tidak adil”, menjadi sedikit kendur
pagi semalam ekoran nasihat Ustaz Ahmad ini dengan menyebut “secara
umumnya, kenyataan (Ustaz Ahmad) (beliau) lihat lebih fair dan
munasabah” dan memberi perakuan bersyarat “tidak ada masalah untuk akur
dengan saranan (Ustaz Ahmad) jika itu mampu meredakan keresahan
pihak-pihak tertentu”.
Bagaimanapun, masih jelas di dalam
kenyataan Hanipa ini unsur-unsur tidak puas hati dengan nasihat Ustaz
Ahmad kerana beliau menyebut beliau “ada "some reservations"
dengan kenyataan (Ustaz Ahmad)” dan beliau “musykil kerana (Ustaz Ahmad)
seakan-akan tidak lihat konteks sebenar ucapan (beliau) itu”.
Lebih lantang ialah Naib Presiden PAN
merangkap ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang
petang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak wajar pihak
yang berstatus agamawan menyifatkan ucapan Hanipa sebagai “melanggar
akidah”, “ungkapan kata-kata (Hanipa) itu bagi (beliau) tiada isu
akidah”, “(beliau) harap isu ini jangan dijadikan bahan mana-mana pihak
mempertikaikan kejelasan akidah (Hanipa)” dan “ahli PAN dinasihatkan
jangan terheret dengan asakan ke atas (Hanipa) dengan menggunakan isu
akidah pada ungkapannya”.
Sama ada beliau berniat begitu atau
tidak, pada hakikatnya kenyataan Dr Mujahid ini adalah tempelakan
terbuka ke atas Ustaz Ahmad kerana sangat jelas bahawa Dr Mujahid
menyebut ucapan Hanipa itu “tiada isu akidah” dan “tidak melanggar
akidah” sedangkan Ustaz Ahmad dua kali menyebut ucapan Hanipa itu “boleh
menjejaskan akidah tauhid”.
Malah, sama ada beliau sedari atau
tidak, kenyataan Dr Mujahid bahawa “kami (dari PAN) bersumpah untuk
tidak menjadikan agama sebagai bahan-bahan politik murahan melalui mudah
menghukum dan melabelkan orang” seolah-olah menuduh Ustaz Ahmad telah
“menjadikan agama sebagai bahan-bahan politik murahan”.
Tidak mengejutkan sebenarnya sikap Dr
Mujahid ini memandangkan beliau di dalam buku-buku “Menuju PAS Baru” dan
“Rejuvenasi PAS” dan pada tahun-tahun 2010 dan 2012 lagi telah menggesa
PAS supaya menggantikan istilah “Kepimpinan Ulama’” yang kononnya
menggambarkan ortodoksi dan eksklusiviti dengan istilah lain yang
kononnya bersifat lebih inklusif seperti “Kepimpinan Berkebajikan” atau
“Kepimpinan Sejagat” selain supaya menggantikan Majlis Syura Ulamak
dengan Majlis Perundingan Parti.
Kasihannya melihat Ustaz Ahmad diperlakukan begini, tetapi begitulah nampaknya nasib Ulama di dalam PAN. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment