MALAYSIA DATELINE
Majlis Peguam Malaysia mendesak SPR menarik balik peraturan baru yang dikemukakan badan pengendali pilihan raya Malaysia itu.
Presiden Majlis Peguam, George Varughese dalam satu kenyataannya hari
ini berkata, syarat tambahan minit-minit terakhir yang dibuat oleh SPR
itu tidak wajar.
“SPR telah memberikan penjelasan yang tidak kukuh ketika memberikan
sebab-sebab di sebalik syarat tambahan ini tanba merujuk kepada
pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya.
Bagi Majlis Peguam, ia dibuat untuk memberikan kelebihan kepada parti politik tertentu.
Majlis Peguam juga, katanya, mempertikaikan kenyataan Ketua Polis
Perak, Datuk Hasnan Hassan tentang syarat notis 10 hari untuk mengadakan
kempen politik itu.
“Majlis Peguam mendesak SPR dan polis menarik balik syarat yang tidak
perlu dan tidak adil yang mengganggu proses pilihan raya ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment