Kes mula dibicarakan esok di Mahkamah Tinggi London
BANGI, –
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan kes saman fitnah
terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown akan mula
dibicarakan esok di London.
Beliau berkata, berdasarkan bukti-bukti yang diserahkan, peluang untuk PAS menang sangat tinggi.
“Esok akan
mula dibicara dan keputusan mungkin beberapa hari selepas itu. Kita dah
hantar segala dokumen melalui peguam kita di sini dan peluang kita
menang 80 peratus.
“Sebelum ini, kita dah minta dia (Rewcastle-Brown) minta maaf tetapi dia enggan, maka kita teruskan (saman),” katanya.
April tahun lalu, Pas memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London.
Ia susulan
laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa PAS menerima dana
sebanyak RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong
Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
No comments:
Post a Comment