LANGKAWI: Calon PKR bagi Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad
memulakan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan terus memfitnah
kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika berucap dalam ceramah gabungan pembangkang PKR di Dewan Ho Peng
di sini malam tadi, Dr. Mahathir mendakwa Najib mengugut pegawai
kerajaan untuk dikenakan tindakan jika mereka tidak mengundi Barisan
Nasional (BN) dalam pilihan raya nanti.
Sedang Perdana Menteri dilihat tidak pernah mengeluarkan sebarang
ugutan atau cuba menakut-nakut pegawai kerajaan sebaliknya kerajaan
sedia ada telah memberi pelbagai keistimewaan dan menjaga kebajikan
kakitangan awam selama ini.
“Najib telah menguasai institusi kerajaan termasuk polis, tentera dan
jabatan-jabatan lain. Kita lihat, Perdana Menteri menyuruh pegawai
kerajaan yang lemah semangat untuk menipu rakyat.
“Sekiranya pegawai kerajaan ini tidak mengikut arahan mereka akan dikenakan tindakan,” kata bekas Perdana Menteri itu.
Selain itu, Dr. Mahathir dalam ceramah tersebut turut menuduh Perdana
Menteri menjual tanah di Langkawi bagi mencari wang membayar hutang
negara.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga mendakwa Najib tidak membawa sebarang
pembangunan di Langkawi sepanjang menjadi Perdana Menteri sejak 2009.
Ternyata tuduhan tersebut tidak berasas memandangkan Najib dilihat
tidak pernah melupakan Langkawi malah Perdana Menteri membawa pelbagai
perubahan termasuk memperuntukkan RM1.3 bilion untuk pembangunan di
pulau bebas cukai itu baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment