KUALA LUMPUR: Seorang warga Denmark dijangka didakwa di bawah Akta
Antiberita Tidak Benar hari ini, kerana didakwa membuat dakwaan palsu
terhadap polis.
The Sun hari ini melaporkan lelaki itu didakwa kerana mengkritik masa
tindak balas polis selepas pembunuhan Dr Fadi Mohammed al-Batsh di Kuala
Lumpur awal bulan ini.
Warga asing berusia 46 tahun itu akan didakwa dengan tuduhan mereka dan
menerbitkan berita palsu di bawah Seksyen (4) (1) Akta Antiberita Tidak
Benar.
Dia boleh dihukum penjara sehingga enam tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Lelaki itu dalam sebuah video di media sosial. mendakwa dia ada bersama
mangsa pada masa kejadian, dan mendakwa polis tiba di tempat kejadian
50 minit kemudian.
Dia juga mendakwa ambulans tiba sejam kemudian.
Polis menafikan tuduhannya itu dan mendakwa sebuah kereta peronda
dihantar dan tiba di tempat kejadian di Setapak dalam masa 10 minit.
No comments:
Post a Comment