Pihak berkuasa perlu ambil tindakan terhadap kumpulan terkutuk ini
1.
KEWUJUDAN kumpulan-kumpulan yang cenderung kepada amalan LGBT ini amat
membimbangkan. Selain daripada bercanggah dengan fitrah manusia, amalan
seperti ini amat bertentangan dengan al-Quran dan hadith.
2. Allah
SWT mengingatkan kita tentang ancaman ini melalui kisah Nabi Lut yang
dinyatakan didalam al-Quran. Perbuatan terkutuk ini disifatkan oleh
Allah SWT sebagai “orang yang melampaui batas”. Firman Allah:
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ
“Sesungguhnya
kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan
meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas”.
3. Dalam
menangani isu ini, Rasulullah ﷺ juga memberi amaran yang keras berhubung
perbuatan ini. Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa amalan ini adalah perkara
yang dilaknat oleh Allah. Sabda Baginda:
لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ
Maksudnya: Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. (HR Ahmad)
Menurut
al-Imam Ibn al-Jauzi, Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar
sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang dilakukan kepada pelaku
homoseksual ini. Di sini jelas menampakkan ketegasan Baginda ﷺ dalam
menangani permasalahan ini.
4. Malah, Rasulullah meletakkan hukuman yang amat keras terhadap pelaku LGBT. Sabda Baginda Nabi:
مَنْ وَجَدْتُمُوه يَعمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ والمَفْعُولَ بِهِ
Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan
perbuatan kaum Nabi Lut, maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukan.
(HR al-Tirmizi dan Abu Daud)
Dalam
merelisasikan saranan ini, al-Imam al-Syaukani menjelaskan bahawa
Khulafa al-Rasyidin pernah menjatuhkan hukuman mati terhadap pelaku
homoseksual. (al-Shawkani, Sayl al-Jirar, 1/840)
5. Menurut
al-Imam al-Bayhaqi, Khalid al-Walid pernah bertanya kepada Abu Bakar
berhubung hukuman yang wajar dikenakan terhadap pelaku homoseksual ini.
Abu Bakar memanggil beberapa sahabat berbincang. Saidina Ali antara
sahabat yang memberikan respon yang amat keras. Beliau mencadangkan
supaya pelaku tersebut dibakar! (al-Safiri, al-Majalis al-Wa’ziyyah,
2/155)
6. Menurut
al-Qardawi, tindakan tegas yang dikenakan oleh Syariat Islam ini adalah
bagi membersihkan masyarakat dari budaya yang tidak sihat. Malah
perlakuan ini membawa kepada penyebaran penyakit yang tidak diingini.
(al-Qardawi, al-Halal wa al-Haram.)
7. Dengan
itu, adalah diharapkan agar pihak berkuasa memantau serta mengambil
tindakan terhadap kewujudan kumpulan yang membantu ke arah perlakuan
yang terkutuk ini.
*Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment