Mohon ampun, taubat kepada Allah
BANGI
– Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dinasihatkan
agar kembali melabuhkan tudungnya serta menghentikan jualan tudung
jenamanya yang tidak menutup aurat.
Mengesyorkan
perkara itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha
Mohd Salleh berkata, Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia
perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima
teguran orang ramai.
Beliau
menjelaskan, pihak-pihak yang memberi teguran hanya sekadar menasihat
ikon Muslimah itu sebagai seorang saudara seIslam supaya tidak terlanjur
dalam perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt.
“Justeru,
tanda dia meminta ampun, adalah dengan berubah menjadi baik, bertaubat
taknak mengulang lagi perkara yang silap dan menutup kesalahan itu
dengan melakukan kebaikan.
“Maksudnya
labuhkan tudung dia, jangan jual tudung yang tak menutup aurat, itu
tandanya dia insaf dan sedar dengan kesilapan dia menyesal dengan
perbuatan dia,” katanya kepada Ismaweb.net.
Pada masa sama, Dr Norsaleha mengingatkan agar Neelofa memohon ampun kepada Allah swt dan bukannya kepada manusia.
Ini
kerana, katanya, isu yang melanda artis popular itu berhubung majlis
pelancaran tudung di sebuah kelab malam di ibu negara itu bukan isu
kesalahan beliau kepada manusia, tetapi kesalahannya kepada Allah swt.
“Kita ni manusia tak boleh nak ampunkan dosa orang. Isu bertudung, isu aurat itu adalah hak Allah swt.
“Yang
memerintahkan kita menutup aurat, memerintahkan kita berakhlak mulia,
dan memerintahkan kita menjaga kesopanan sebagai wanita muslimah adalah
Allah.
“Jadi isu dia adalah dengan Allah, kita manusia tidak boleh mengampunkan dosa yang dia buat dengan Allah taala.
“Ini bila kita tengok, rakyat menerima permohonan maaf, mufti menerima permohonan maaf, untuk apa?
“Kita bukan paderi, paderi yang dalam amalan agama Kristian boleh
ampunkan dosa orang bila buat salah. Itu satu benda yang saya harap
tidak disalah faham,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment