Rabu, 14 Mac 2018
Undi Rakyat Penentu Kerajaan Selangor, Bukan PAS – Azmin Ali
Undi rakyat merupakan penentu pembentukan Kerajaan Negeri Selangor pada PRU 14 dan bukannya faktor PAS, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurutnya manifesto yang ditawarkan Pakatan Harapan, gabungan empat parti; DAP, PKR, Amanah dan PPBM lebih menyeluruh berbanding dengan manifesto PAS.
“Yang penting masa depan negara dan negeri ditentukan rakyat bukan ditentukan oleh mana-mana parti politik.
“Kita hanya tawar manifesto, dasar tetapi pada akhirnya kita mesti percaya dengan kebijaksanaan pengundi.
“Mereka yang akan tentukan siapa yang layak untuk terus memimpin negara atau negeri,” katanya ketika ditemui pemberita di Kajang hari ini.
Azmin berkata demikian ketika dimina mengulas laporan wawancara Malaysiakini bersama Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir yang mengatakan PAS akan menjadi ‘king maker’ di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Roslan atau lebih dikenali sebagai Roslan SMS juga menaruh keyakinan bahawa parti Islam itu akan memenangi sehingga 25 kerusi DUN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan