LAWAS: Seorang petani dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lima kali
sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, setelah mengaku
bersalah merogol anaknya sejak 10 tahun lalu.
Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas
tertuduh berusia 47 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut
Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Mac lalu, lapor Utusan Malaysia.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya itu
sejak mangsa berusia 15 tahun di Kampung Languban, Merapok di sini.
Mangsa kini berusia 25 tahun dan belum mempunyai sebarang pekerjaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan