KUALA LUMPUR: ZI Publications Sdn. Bhd. dan pengarahnya, Mohd. Ezra
Mohd. Zaid gagal dalam permohonan semakan kehakiman terhadap rampasan
180 naskhah buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad
Manji.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan demikian
selepas mendapati antaranya, rampasan tersebut tidak menyalahi
undang-undang dan waran rampasan yang dikeluarkan adalah sah.
“Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang dipersoalkan oleh pihak
pemohon boleh disemak melalui semakan kehakiman,” katanya.
Namun begitu, rampasan dan penggeledahan itu masih dalam siasatan
sehubungan itu perkara tersebut berada di luar bidang kuasa semakan
kehakiman.
Tambahan pula, ujar beliau, syarikat ZI Publications tidak pernah
didakwa di mahkamah atas sebarang kesalahan melibatkan pemilikan buku
itu.
Kedua-duanya pada 9 Julai 2012 memfailkan permohonan semakan kehakiman
untuk mencabar serbuan dan rampasan yang telah dilakukan oleh Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS).
Mereka menamakan JAIS, ketua pengarahnya, ketua bahagian
penguatkuasaan, ketua pendakwa Syarie Selangor, kerajaan Negeri Selangor
dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keenam.
Mereka antara lain memohon perintah certiorari untuk membatalkan
tindakan pegawai JAIS yang melakukan serbuan dan merampas 180 naskhah
buku itu pada 29 Mei 2012 di ZI Publications di B-2-19, Merchant Square,
Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, Petaling Jaya, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan