CYBERJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA) mensyaratkan sekurang-kurang RM250 juta daripada dana Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) disalurkan kepada usahawan-usahawan
wanita dalam komuniti pertanian.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah itu bukan sahaja untuk membebaskan golongan tersebut daripada kepompong kemiskinan, bahkan untuk mengangkat martabat mereka ke tahap lebih tinggi dalam masyarakat.
“Kita telah membuat dasar sekurang-kurangnya separuh daripada peruntukan RM500 juta dalam TEKUN itu mesti digunakan untuk membantu usahawan wanita.
“Sekarang ini separuh daripada peruntukan itu (mesti disalurkan kepada wanita), selain daripada jumlah wanita lebih tinggi menjadi penerima paling tinggi bantuan TEKUN.
“Tetapi kali ini nilainya mesti lebih separuh daripada peruntukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Cyberview Resort & SPA, di sini, hari ini.
Langkah itu merupakan lanjutan daripada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini mengisytiharkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.
Melalui dasar MOA itu, golongan wanita perlu diperkasakan daripada segi keupayaan ekonomi khususnya dalam sektor pertanian, perikanan dan peladangan agar dapat meningkatkan taraf hidup dan membantu mereka memula atau mengembangkan perniagaan.
Ahmad Shabery berkata, walaupun pada masa ini golongan wanita merupakan penerima paling ramai bantuan TEKUN, namun jumlah yang diterimanya masih kecil antara RM10,000 hingga RM20,000 dan jumlah itu perlu ditambah pada tahun ini.
“Kali ini saya mensyaratkan supaya lebih separuh daripadanya (TEKUN) untuk wanita, bukan lagi terima bantuan kecil-kecilan
“Kementerian ini mempunyai tanggungjawab besar, selain membasmi kemiskinan, mengangkat martabat wanita itu juga merupakan tanggungjawab kita.
“Dulunya wanita hanya jadi pembantu suami, mereka kerja lebih kuat di sawah, tetapi sekarang mereka lebih dilihat mempunyai kemampuan sendiri,” jelas beliau.
Katanya, golongan wanita kini tidak lagi tertumpu di sawah bahkan mereka juga melibatkan diri dalam industri hiliran pertanian khususnya bidang keusahawanan.
“Wanita kini terlibat dengan aktiviti industri asas tani, mereka buat keropok, hasilkan kuih-muih, boleh menjadi usahawan dan bos (majikan) dalam masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan