Isnin, 19 Mac 2018

Hutan Lipur Gunung Belumut ditutup sementara

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang ditutup sementara bermula semalam berikutan kes leptospirosis melibatkan dua beradik kaum Iban ketika berkunjung di kawasan rekreasi bersama 30 ahli keluarga mereka, baru-baru ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai menerima kes leptospirosis melibatkan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan adik lelakinya berusia lima tahun pada Khamis lalu.
 
Beliau berkata, kedua beradik itu telah mengalami muntah dan cirit-birit pada 18 Februari lalu dan dimasukkan ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai enam hari kemudian.
 
"Kedua-dua kanak-kanak itu telah dibenarkan keluar hospital pada 24 Februari dengan didiagnoskan sebagai Acute Gastroenteritis (AGE).
 
"Notifikasi leptospirosis dibuat ekoran keputusan makmal darah kedua pada 13 Mac lalu, kanak-kanak tersebut dilaporkan serologi positif," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
 
 

Tiada ulasan: