Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis
Perasmian Ekspo Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Malaysia 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto
FAREEZ FADZIL,
KUALA LUMPUR – Gaji minimum pekerja lulusan Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini dicadangkan
dinaikkan kepada RM3,500 setanding dengan pekerja mahir luar negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
skim gaji itu bakal diperkenalkan sebaik sahaja Majlis Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia diwujudkan di peringkat
Kabinet. Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat pameran
pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) Malaysia 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
Menurutnya, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan dilantik sebagai
badan pemberi pengiktirafan tunggal kepada pendidikan kemahiran tinggi
sebelum gaji minimum itu boleh dilaksanakan.
“Kalau kita lihat pekerja-pekerja mahir luar negara yang mendapat
kelulusan khas oleh Jabatan Imigresen Malaysia mesti mempunyai gaji
minima RM3,500. Sekarang ini gaji minima pekerja mahir tempatan hanya
RM1,200 dan menerusi program TVET ini, kita nak naikkan gaji minima ini
kepada RM3,500. Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) berbual
sesuatu dengan salah seorang mahasiswa sambil diiringi Menteri Sumber
Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem (tiga kiri) ketika melawat
pameran pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasiona (TVET) Malaysia 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
“Kenapa kita ambil pekerja luar negara yang berkemahiran tinggi dan
boleh dibayar RM3,500. Ini amat tidak adil,” katanya pada sidang media
selepas melancarkan Ekspo TVET Malaysia 2018 di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) di sini, hari ini
Ahmad Zahid memberitahu, beliau sudah meminta Kementerian Sumber
Manusia menyediakan memorandum kepada Majlis Jemaah Menteri untuk
mempercepatkan pengwujudan Majlis TVET Malaysia.
Malah, beliau menawarkan diri untuk menjadi pengerusi Majlis TVET
Malaysia jika dipersetujui oleh Majlis Jemaah Menteri supaya satu badan
khusus dilantik untuk melakukan pengiktirafan bidang kemahiran tinggi.
Katanya, pada masa ini pelbagai kementerian melakukan pengiktirafan
menyebabkan kebolehpasaran dalam guna tenaga bidang kemahiran tinggi
tidak dapat diselaraskan. – MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan