Rabu, 21 Mac 2018

Bukan PAS sisihkan hudud, kata Takiyuddin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Ketiadaan penegasan mengenai hudud dalam Manifesto Gagasan Sejahtera bukan bermaksud undang-undang itu sudah diketepikan sebaliknya PAS menganggap agenda Islam adalah lebih penting.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hudud bukan satu benda besar tetapi hanyalah sebahagian program atau usaha yang dibuat untuk memperkasa mahkamah syariah dan undang-undang Islam.
 
Beliau memberi contoh Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang walaupun tidak menyebut perkataan hudud secara jelas namun usaha menaikkan jumlah hukuman rotan kepada 100 kali adalah sebahagian daripada elemen hudud.
 
"Kita ada sebut perkataan Islam dalam (manifesto) dan itulah yang lebih penting. Agenda Islam adalah lebih besar daripada hudud kerana hudud itu hanya sebahagian daripada Islam.
 
"Apabila kita sebut hudud kita tidak boleh jadi fobia dan kata bahawa itulah satu-satunya yang nak diperjuangkan PAS dalam syariat Islam sedangkan hudud hanya salah satu aspek seperti qisas dan taazir.
 
"Kepada orang yang mengkritik mengata PAS sudah lari dari perjuangan melaksanakan hudud kita mahu tanya mereka apa pula perjuangan mereka untuk laksana syariat Islam, langsung tidak ada," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengisytiharan keluar parti 34 ahli dan pemimpin PPPBM Kota Bharu diketuai Naib Ketuanya, Mohd Nor Hashim Che Min di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10, di sini hari ini.
 
 

Tiada ulasan: