Sabtu, 27 Januari 2018

SPRM perlu jelaskan kebocoran maklumat siasatannya, kata KM P. Pinang



SPRM perlu jelaskan kebocoran maklumat siasatannya, kata KM P. Pinang



Dalam satu sidang akhbar semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membangkitkan persoalan mengenai kebocoran maklumat oleh SPRM berhubung siasatannya.

Beliau juga membidas media yang bertindak tidak profesional dan beretika dalam menerbitkan laporan.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Lim terkejut apabila seorang wartawan menanyakan soalan dan kemudiannya beliau (wartawan berkenaan) mengesahkan soalan tersebut berdasarkan maklumat yang dibocorkan oleh badan pencegah rasuah itu.

Lim Guan Eng

“Inilah masalahnya, dari manakah sumbernya? Adakah sumbernya SPRM? SPRM mesti jelaskan mengapa maklumat bocor.

“Memandangkan wartawan berkaitan berkata bahawa sumbernya adalah SPRM, saya mahukan jawapan daripada SPRM.

“Apa yang anda (SPRM) buat, membocorkan maklumat? Tidakkah itu melanggar undang-undang?

“Apa yang telah anda lakukan, bukankah anda sepatutnya mengambil tindakan terhadap mereka yang membocorkan maklumat, kini anda berada di belakangnya pula,” kata Lim menurut laporan yang disiarkan dalam Facebooknya.

Lim juga berkata bahawa beliau “terkejut” apabila SPRM membisu terhadap isu berkenaan sedangkan perkara berhubung siasatan sepatutnya sulit dan dilindungi undang-undang untuk mengelakkan siasatan bersifat prejudis.

Media arus perdana pula menurut Lim, terus menerus menyiarkan laporan dengan memetik sumber daripada SPRM, walaupun mereka gagal mengemukakan bukti.

Tiada ulasan: