Ahad, 28 Januari 2018

BN yakin manifestonya bakal mengejutkan pembangkang

THE MALAYSIAN INSIGHT
BN yakin manifestonya bakal mengejutkan pembangkang
Ketua Penerangan Umno Annuar Musa berkata manifesto Barisan Nasional yang sedang digubal akan menampilkan kandungan yang menunjukkan kerajaan sedia ada sentiasa mempedulikan suara dan kehendak rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight,
 
BARISAN Nasional (BN) akan menampilkan manifesto yang bakal mengejutkan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekali gus membolehkannya terus membela rakyat.

Ketua Penerangan Umno Annuar Musa berkata, manifesto itu akan menampilkan kandungan yang menunjukkan kerajaan BN sentiasa mempedulikan suara dan kehendak rakyat.

"Saya mahu menyatakan pembangkang akan terperanjat...kita  akan buktikan BN lebih dinamik daripada pembangkang, manifesto kita lebih ke hadapan berbanding mereka dalam soal membela rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jualan istimewa bagi membantu rakyat di kawasan Parlimen Ketereh di Kota Baru, hari ini.

Annuar, yang juga ahli Parlimen Ketereh, seterusnya berkata manifesto itu kini di peringkat akhir penggubalan oleh jawatankuasa khas.

Program jualan istimewa itu akan diadakan dari semasa ke semasa dalam usaha membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat berbanding pembelian barang dapur di pasar raya, jelas beliau. – Bernama

Tiada ulasan: