MACHANG: Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat sedang berjalan lancar di mana kini melewati 40 peratus siap.Laluan sejauh 10 kilometer yang dibina bermula dari Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu iaitu berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, sedang giat dijalankan sekarang.Pembinaannya sekarang berada di titik hujung di simpang Jalan Raya Pasir Puteh-Machang dan Berangan Mek Nab.Kerja-kerja tanah hampir siap kecuali di beberapa lokasi yang berlaku runtuhan tanah akibat musim tengkujuh baru-baru ini.Malah tiga jambatan di sepanjang laluan tersebut juga sedang dalam pembinaan sekarang. Sebuah jambatan dikenali Jambatan Rakyat dibina hasil sumbangan orang ramai.Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato Hanifa Ahmad berkata, jambatan itu dianggar melibatkan kos sebanyak RM3.1 juta berbentuk wau bulan.Projek lebuh raya Kota Bharu Kuala Krai pernah disenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke Lima pada 1986, namun tidak menjadi kenyataan.Sebelum ini Lebuh Raya Rakyat pernah dibina syarikat Jambatan Kedua Construction & Consultancy Sdn Bhd (JKCC), namun terpaksa menarik diri difahamkan akibat gangguan Umno Machang.Pembinaannya sekarang dijalankan HRA Teguh Sdn Bhd dan dijangka siap pada Mac tahun hadapan dengan menyambung projek lebuh raya dibina Kerajaan Pusat.Difahamkan kerajaan negeri juga akan membina laluan keluar dari Berangan Mek Nab ke jalan Kuala Krai-Machang di Kampung Banggol Kulim sejauh 3 kilometer melibatkan kos RM9 juta. - HARAKAHDAILY
Sabtu, 27 Januari 2018
Lebuh Raya Rakyat 40 peratus siap
ASLANI M
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan