Isnin, 29 Januari 2018

PAS edar apron di Pasar Pusa

ABU LUQMAN

 
 
BATANG LUPAR: PAS Kawasan Batang Lupar telah mengadakan edaran apron "Untukmu Sarawak" kepada peniaga-peniaga kecil sekitar Pasar Pusa, di sini kelmarin.
 
Edaran percuma apron tersebut kepada para peniaga adalah sebahagian usaha pendekatan untuk mendekati dan memasyarakat PAS di kawasan itu.
 
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sarawak, Khairul Ismail yang turut serta memaklumkan, program itu adalah julung-julung kali diadakan di Pusa yang terletak dalam Parlimen Batang Lupar.
 
Para peniaga menerima kehadiran dan sumbangan apron pihak PAS itu secara terbuka dan berharap program seumpama dapat diadakan di kawasan-kawasan lain.
 
Selain edaran apron itu, PAS mengambil kesempatan menyampaikan informasi mengenai aktiviti kebajikan yang dianjurkan kepada para peniaga dan masyarakat selaras dengan tema PAS iaitu Untukmu Sarawak.
 
Khairul turul menyatakan harapan agar masyarakat di sekitar Pusa dan Parlimen Batang Lupar dapat memberikan sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umumakan datang demi merealisasikan agenda kebajikan di kawasan ini. -HARAKAHDAILY

 

Tiada ulasan: