Ahad, 28 Januari 2018
Liew: DAP tanding kerusi Ayer Hitam kejutkan MCA dari lena
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata minat DAP untuk bertanding di Parlimen Ayer Hitam yang menjadi kerusi Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong sudah mengejutkan MCA dari lena.
Walau siapa pun yang Pakatan Harapan (PH) letakkan di situ pada pilihan raya umum akan datang,
Liew berkata dokumen “bocor” tentang pengagihan kerusi Parlimen nampaknya amat membimbangkan Wee, yang sudah 3 penggal memegang kerusi itu.
“Masih ingat senarai yang bocor itu? Apabila Wee mendengar DAP nak bertanding di Ayer Hitam, dia sudah melompat.
“Saya tertanya-tanya, mengapa dia tiba-tiba sangat panik. Saya sedar dia tidak pernah dicabar pada 3 pilihan raya lalu.
“Kini kami bersungguh-sungguh mahu melawan beliau di sana,” kata Liew kepada FMT.
Pilihan raya lalu menunjukkan MCA menang selesa di kerusi itu bukan kerana sokongan pengundi Cina, tetapi kerana undi orang Melayu.
Masyarakat Melayu membentuk 57.57% daripada penduduk dalam kawasan Parlimen Ayer Hitam, diikuti Cina 38.43% dan India 4%.
Liew percaya timbalan presiden MCA itu kebimbangan memandangkan DAP menarik lebih ramai pengundi Cina, menyebabkan 16.25% pengundi beralih antara pilihan raya 2008 dan 2013, serta ketaktentuan undi orang Melayu.
Dalam 3 pilihan raya lepas, Wee tidak berdepan halangan yang kuat untuk memenangi kerusi itu.
Bagaiamanapun, data menunjukkan majoriti yang beliau perolehi menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun iaitu 15,763 undi pada 2004, 13,909 undi pada 2008 dan 7,310 undi pada 2013.
Wee menewaskan calon PAS dalam ketiga-tiga pilihan raya itu.
Liew berkata walaupun apa pun dakwaan MCA lemparkan terhadap gerak kerja DAP di Johor, ahli Parlimen Kulai itu mengingatkan PRU kali ini bukan mengenai Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad atau MCA tetapi Umno.
“Persoalan utama adalah jika Umno mempunyai rangka dasar yang betul untuk kaum Cina, sudah tentu mereka akan mengundi Umno, semua orang akan undi Umno.”
“Ini terbukti pada tahun 1995 dan 1999, apabila perdana menteri mengatakan perkara yang betul dalam kes Pak Lah (Abdullah Ahamad Badawi) dan bagaimana Dr Mahathir menangani krisis ekonomi, orang Cina mengundi Umno ketika itu, bukannya MCA,” katanya.
Kerusi yang sukar
Liew bagaimanapun akui kerusi Ayer Hitam bukan kerusi yang mudah dimenangi dan pembangkang tidak 100% yakin boleh menawan kerusi itu.
“Pada Mei tahun lepas, saya kata pembangkang berjaya meraih 65% undi orang Cina, tetapi MCA dengan mudah menafsirkan kenyataan itu sebagai BN ada 35% undi orang Cina dalam tangan.
“Apa yang lebih menarik ialah, MCA merasakan mereka boleh menang 20 kerusi pada PRU14. Saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya.
Sejak 2008, sokongan pengundi Cina terhadap MCA semakin berkurangan. Tujuh kerusi yang dimenangi MCA terletak di kawasan pilihan raya di kawasan-kawasan di mana pengundi Cina tidak membentuk majoriti.
Empat daripada kerusi itu merupakan kawasan majoriti pengundi Melayi, iaitu Tanjung Malim, Alor Gajah, Ayer Hitam dan Tanjong Piai.
Majoriti semakin mengecil tetapi Wee yakin menang lagi di Ayer Hitam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan