Ahad, 28 Januari 2018

PAS ulangi pendirian tiada kerjasama dengan BN

THE MALAYSIAN INSIGHT
PAS ulangi pendirian tiada kerjasama dengan BN
Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti Isam itu kini bersedia berdepan dengan calon dari Barisan Nasional dan PH di mana-mana kawasan yang ditandingi pada PRU14.– Gambar fail The Malaysian Insight,
 
PAS mengulangi jaminannya untuk tidak menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional sekiranya keputusan pilihanraya umum ke 14 membawa kepada Parlimen tergantung.

"PAS mahu mengesahkan sekali lagi bahawa tiada perbincangan pada mana-mana peringkat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan sama ada dengan BN atau PH sebelum atau selepas piihan raya umum ke 14," kata setiausaha agung parti itu Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Parlimen yang tergantung berlaku apabila tiada blok besar parti mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata khabar angin menubuhkan kerajaan perpasuan dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) adalah hipotesis dan tidak mewakili pandangan rasmi PAS.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, PAS akan menghadapi pilihan raya umum tahun ini bersendirian, disokong pakatan Gagasan Sejahtera terdiri daripada kumpulan NGO serta jentera yang membantu parti.

"PAS mahu mengesahkan akan berdiri dengan prinsip sendiri bersama dengan Gagasan Sejahtera dan sudah bersedia untuk menewaskan BN atau PH di mana-mana kawasan yang mereka tandingi," katanya.

Beliau juga berkata sekiranya sekiranya khabar angin itu mungkin berlaku, parti akan membawa perkara ini ke muktamar khas sebelum membuat keputusan.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah semalam berkata situasi Parlimen tergantung mungkin berlaku dengan keputusan pilihan raya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, sekiranya mana-mana parti tidak mendapat sokongan yang cukup, ia mungkin akan membawa kepada kerajaan peraduan,  iaitu sebuah kerajana yang ditubuhkan oleh parti atau blok berasingan.

Tiada ulasan: