SHAH ALAM: ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan kawasan
kepadanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri Selangor sejak September
lalu.
Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang dipetik Harakahdaily berkata, dalam
situasi biasa, pembekuan peruntukan hanya berlaku apabila terdapat 'kes'
berkaitan penggunaan wang.
Namun menurut Sallehen, wujud kemusykilan apabila arahan pembekuan dikeluarkan sebelum siasatan audit.
"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang
pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau
kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond," dedahnya pada Ceramah
Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.
Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang seolah-olah
seperti hendak mencari kesalahan, namun matlamat itu gagal kerana
mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak adalah bersih tanpa masalah.
Sebelum ini Sallehen mengesahkan 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak memperolehi peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri.
Sallehen berkata, beliau dimaklumkan pegawai Unit Perancangan Ekonomi
(EPU) negeri bahawa peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 kepada wakil
rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan