Isnin, 29 Januari 2018

Dewan RM600,000: SPRM siasat dakwaan Zahid

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Hutan Melintang tidak ikut standard.

Pada Sabtu lepas, Ahmad Zahid mengarahkan siasatan dijalankan terhadap pembinaan dewan tersebut kerana banyak kekurangan dan tidak mengikut spesifikasi berbanding kos besar yang peruntukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ciri-ciri dewan baharu itu tidak menggambarkan ia dibina dengan perbelanjaan sehingga RM600,000.
 


Ahmad Zahid yang tidak berpuas hati dengan keadaan dewan tersebut turut mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua pihak yang terlibat dalam pembinaannya.

“Tak kan dewan begini RM600,000. Dengan mata kasar pun kita tahu dewan ini bukan (bernilai) RM600,000. Kualiti dewan ini memalukan.

“Saya tak puas hati dengan dewan ini, saya tidak berkompromi jika ada unsur rasuah atau penyelewengan, saya akan ambil tindakan. Saya beri tempoh tiga bulan untuk dewan ini lebih baik daripada sekarang,” katanya.


Tiada ulasan: