PUTRAJAYA: Satu unit pangsapuri kuarters penjawat awam di Presint 16, di sini, terbakar kira-kira jam 9 malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Che Shaari Abdullah,
berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu
pada jam 9.15 malam.
Katanya, seramai 23 pegawai dan anggota bersama empat kenderaan bomba tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
"Sebaik saja tiba di lokasi, kami dapati bilik tidur utama di unit pangsapuri yang berada di tingkat empat itu terbakar.
"Kerja pemadaman api dilakukan menggunakan dua saluran hos air iaitu
satu saluran ke dalam bangunan, manakala satu lagi pancutan dari luar.
"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.35 malam," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Che Shaari berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan