Sabtu, 27 Januari 2018

Remaja 18 tahun maut rempuh pembahagi jalan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas selepas dipercayai melanggar pembahagi jalan di Jalan Tuanku Antah di sini, malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 18 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
 
Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari bandar ini ke sebuah pusat beli belah untuk membeli barang.
 
"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal bersendirian, dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan terbabit lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh di tengah jalan raya," katanya di sini, hari ini.
 
Hock Poh berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 
 

Tiada ulasan: