DETIK DAILY
Oleh Kiyai Reformis
Saya rasa ganjil dgn kempen #undirosak ini. Mengapa mereka tidak berkempen #undibebas
? Apakah mereka tidak ada calon2 yang berani? Jadilah calon bebas.
Pilih kawasan yang masing2 berkenan.
Lawannn! Jadi calon bebas! Itukan
lebih pahlawan. Tidak lempar batu sembunyi tangan.
Setelah mereka
memilih untuk menolak mana2 calon PM atau MP samada dari PH atau BN,
mengapa mereka tidak mempercayai walaupun diri mereka sendiri? Atau
menamakan rakan2 mereka sebagai calon bebas?
Kesimpulannya
mudah, jika tidak mampu memilih mudarat paling ringan antara dua calon
PH dan BN, untuk apa kalian sembunyi lagi?
Majulah ke depan. Jadilah
calon bebas. Untuk apa marah2 dan malu lagi. Ubahlah zaman dengan
keberanian. Menang atau kalah - matilah sebagai pahlawan. #undirosak
tidak memberi kemajuan. Itu bengong!
Sudah Mahathir tidak betul, Najib pun tidak betul, siapa yg betul?
Buktikan kepada kami, kamulah yg betul. Lawan! Menang kalah cerita lain.
Betul dalam politik belum tentu menang. Salah belum tentu kalah.
Jika
kedua sosok Mahathir dan Najib itu mudharat, jangan sampai kamu
menunjukkan kepada awam bahawa diri kamu sendiri itu adalah mudarat
yang ke tiga. Justeru tiada keberanian langsung kedepan mencalonkan diri
sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan