DETIK DAILY
Oleh Mahfuz Omar
1.
Betapa 'bangangnya' pemimpin UmnoBN memerintah Malaysia apabila hanya
bergantung pada pendapatan hasil negara daripada cukai GST sebagaimana
PM Najib Razak ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia
ke - 36 menyatakan negara selamat sebab GST, jika tanpa GST negara sudah
tentu terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.
Kenyataan
pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat menyelamatkan
negara dari terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi negara menunjukkan
bahawa kerajaan telah gagal dalam mengurus tadbir ekonomi negara
sehingga terpaksa memerah keringat rakyat.
2. Saya berpendapat
kenyataan beliau merupakan kenyataan pemimpin yang tidak
bertanggungjawab terhadap rakyatnya. GST bukannya menyelamatkan negara,
tetapi penyelamat pemimpin kerajaan Klaptokrat UmnoBN.
Justeru
GST digunakan untuk menutup dan menampung kehilangan,ketirisan dan
kecurian wang negara oleh pemimpin negara sendiri dimana ianya menjadi
punca Malaysia terjerumus kejurang kegawatan ekonomi.
Melalui GST
kerajaan tidak perlu bersusah payah memerah otak dan keringat mencari
sumber kewangan negara melalui pelbagai industri, menyuburkan ruang
ekonomi dan pendapatan negara, meningkatkan produk dalam dan luar
negara, tetapi cukup hanya dengan polisi yang menekan rakyat, kerajaan
sudah boleh menuai hasil yang lumayan.
3. Sebegitu mudah
seorang pemimpin negara menyandarkan kepada cukai terhadap rakyat
sebagai pemangkin menyelamatkan ekonomi negara.
Jika begini
mentalitinya, sesiapa pun boleh jadi pemimpin,apabila ekonomi berada
dalam keadaan gawat akibat skandal 'rompakan mega' wang dan khazanah
negara maka rakyat dijadikan sasaran paling utama untuk dimangsakan.
Sepatutnya seorang pemimpin negara berjuang siang dan malam menjaga
kebajikan rakyat dengan mendahulukan rakyat dan membiarkan diri dan
kerajaan dalam keadaan susah, bukannya memangsakan rakyat untuk
menyenangkan diri sendiri dan kroni serta kerajaannya.
4.
Alasan paling ampuh dan jengkel yang dinyatakan adalah GST digunakan
untuk menyusun segala program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) yang mana ianya produk kerajaan BN kepada rakyat dengan
anggaran RM6 bilion setahun sedangkan projek BR1M bukan semua rakyat
yang layak mendapatnya, manakala hasil GST yang berjaya dipungut dari
semua lapisan masyarakat pada tahun lalu sebanyak RM 44 bilion
berbanding RM 41 bilion tahun 2016
Jumlah yang diberi pula hanya
ramuan kecil, sedangkan ramuan yang besar diambil oleh kerajaan, dan
pelbagai subsidi lain ditarik balik. Adakah tindakan kerajaan ini
cerdik dalam membuat polisi yang akhirnya menekan kehidupan rakyat?
RAKYAT TERJERAT DAN MEREMPAT KERANA GST!
5.
Mengapa PM Najib Razak tidak menjelaskan sejak perlaksanaan GST, harga
barang terutamanya barang keperluan, perkhidmatan, makanan dan lain-lain
semakin mahal.
Belum ada lagi petunjuk harga barangan dan
perkhidmatan menurun atau statik sejak GST diperkenalkan. GST
dikenalpasti sebagai penyumbang terbesar kenaikan harga barang. Setelah
rakyat terbeban dengan GST, dalam masa sama menanggung pula beban kos
harga barang yang semakin meningkat,belum dikira lagi dengan pelbagai
cukai yang terpaksa dibayar oleh rakyat demi kerajaan dan negara
tercinta ini.
BR1M yang diberi hanya untuk mengenyangkan rakyat
beberapa hari, tetapi rakyat perlu menanggung penderitaan ini selama
setahun pula kemudiannya untuk hadapi kehidupan harian mereka akibat GST
dan penarikan balik subsidi harga barang.
6. Sepatutnya
pendapatan negara tanpa sumber GST dan salah guna kuasa,rasuah dan
rompak curi khazanah negara sudah pun mencukupi untut meringan kos sara
hidup rakyat dan memastikan pendapatan boleh guna rakyat bertambah
dengan mengembalikan subsidi harga barangan keperluan utama, memberikan
pendidikan tinggi percuma tanpa PTPTN, mengawal harga barangan dan
keperluan, mengawal serta mesubsidikan harga minyak.
Sebaliknya
apa yang berlaku masakini taraf pengangguran semakin meningkat, ruang
pekerjaan semakin terhad, kadar inflasi semakin tinggi, jurang antara
yang kaya dan miskin semakin ketara.
Adakah ini menunjukkan kedudukan ekonomi negara semakin stabil, atau GST hanya menstabilkan ekonomi pemimpin negara?.
7. PM Najib Razak tidak perlu berdolak dalik dengan mendendangkan GST menyelamatkan ekonomi negara.
PM
Najib Razak perlu akui bahawa beliau sudah kekeringan idea dan tidak
tahu bagaimana hendak menguruskan negara yang berada di jurang
kehancuran.
Malaysia kaya dan banyak hasil daripada pelbagai
sektor dan industri, tetapi kerana ketidak cekapan pengurusan dan
salahguna kuasa pemerintahan kerajaan Klaptokrasi UmnoBN, mereka gagal
menyuburkan ekonomi negara. Situasi ini menandakan tempoh kerajaan BN
sudah sampai ke penghujung nyawa dan mandat pemerintahan perlu
diserahkan kepada Pakatan Harapan, agar rakyat melihat sinar baru yang
menyelamatkan mereka selepas PRU ke-14 nanti.
#TolakUmnoBn
#UndiPakatanHarapan
#BinaSemulaMalaysia
#Reformasi
DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan