SANDAKAN: Seramai 353 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara
Filipina berusia di antara lima bulan hingga 66 tahun dihantar balik ke
negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan di sini, malam tadi.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah Datuk Rodzi Md
Saad dalam satu kenyataan berkata, PATI yang terdiri 172 lelaki, 89
wanita dan 92 kanak-kanak itu dihantar balik dengan menaiki feri ke
Zamboanga, Filipina.
Proses penghantaran balik PATI ke negara asal mereka adalah komitmen
berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan PATI ke negeri
ini.
Menurutnya jumlah PATI yang dihantar balik pada tahun lepas hingga
semalam mencecah 12,670 orang termasuk 697 orang pada bulan ini.
Katanya jumlah PATI yang dihantar balik dan pulang secara sukarela sejak 1990 hingga semalam mencecah 565,242 orang.
Rodzi berkata kerajaan mengambil tindakan proaktif dalam usaha mengesan
dan menangkap PATI dengan melancarkan pelbagai operasi bersepadu.
Operasi itu dikelolakan oleh MKN, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur
Sabah (Esscom), Jabatan Imigresen, polis dan Agensi Penguatkuasaan
Maritin Malaysia, katanya.
Beliau mengingatkan majikan dan orang awam untuk memberi kerjasama
kepada pihak penguatkuasa dalam menangani masalah PATI dengan
menyampaikan maklumat mengenai kehadiran mereka dan tidak menggaji atau
melindungi mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan