"Saya tak tahu. Saya masih menunggu sesuatu cetusan, atau orang Melayu cakap ilham, untuk tentukan bila masa yang sesuai," katanya ketika ditanya pemberita mengapa beliau masih tidak menentukan tarikh pilihan raya.
"Selagi kita lakukan apa yang tidak bertentangan dengan perlembagaan, saya rasa tidak mengapa..
Kita lihat sama ada kita boleh tunggu sehingga Jun, atau kita adakan lebih awal. Kita lihat perkembangannya nanti," kata Najib, yang juga presiden Umno, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu pada sidang media, Najib mengakui peningkatan ekonomi negara.
"Majlis Tertinggi menyedari peningkatan ekonomi negara di mana ringgit semakin kukuh, terdapat pertumbuhan tinggi ekonomi, pasaran saham berada di tahap tertinggi dalam tiga tahun, kadar inflasi juga rendah dan kadar pengangguran hanya 4%.
"Ini menunjukkan dasar yang dilaksanakan kerajaan sudah membuahkan hasil. Ia menggalakkan. Ia meningkatkan keyakinan perniagaan," kata Najib.
Pada 5 petang hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada 1,868.58 mata manakala ringgit diniagakan 3.8985 berbanding dolar AS.
Ringgit naik setinggi 3.85 berbanding dolar AS semalam - yang tertinggi sejak 3.83 pada April 2016. Mata wang ini memecahkan 4 halangan pada 5 Januari berikutan peningkatan harga minyak.
Kenyataan 'ilham' Najib timbul selepas soalan daripada pemberita, yang bertanya: "Seperti yang anda katakan sekarang ini. Ringgit naik, pasaran naik, pengangguran rendah. Apa lagi yang anda tunggu?"
Ringgit meningkat seiring dengan pasaran ekuiti yang kukuh, dengan melanggar paras 1,800 pada bulan Januari.
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan 5.8% tahun lepas, berikutan peningkatan permintaan dalam negeri dan pasaran buruh, menurut Bank Dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan