PERSATUAN Ulama' Malaysia (PUM) menghormati
keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Indira Ghandi vs
Pengarah Jab Agama Islam Perak.
Dalam menangani isu ini yang agak
sensitif dalam kalangan penganut agama, PUM ingin memohon perkenan
KBDYMM YDP Agong untuk memberikan nasihat terutama apabila ia melibatkan
status pengislaman seseorang.
Pastinya kita tidak boleh membiarkan
anak-anak tersebut yang telah Islam untuk dikembalikan kepada agama
ibunya yang bukan Islam.
Oleh itu, PUM meminta jasa baik pihak
Polis supaya tidak memburu bapa tersebut dan anak-anaknya, sehingga satu
penyelesaian bersama dapat dicapai.
PUM bimbang sekiranya ia dilakukan,
ada kemungkinan akan berlaku konflik antara penganut agama di negara ini
sehingga mungkin berlakunya keganasan ( violence ) dalam masyarakat.
Kepimpinan negara juga perlu membuat
satu tindakan segera bagi mengawal perkara ini agar tidak dijadikan
penyebab kepada tindakan-tindakan provokatif di dalam negara.
*DATO' AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR,Yang DiPertua Persatuan Ulama' Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan