Ahad, 28 Januari 2018

Budak tiga tahun maut tercampak, jalan basah dan licin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PENAMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tercampak dari sebuah kenderaan yang hilang kawalan petang kelmarin.
 
Irfan Chew, 3, meninggal dunia ditempat kejadian, sementara enam lagi individu mengalami kecederaan ringan, lapor Kosmo!
 
"Siasatan mendapati terdapat enam penumpang di dalam kenderaan tersebut yang dipercayai dipandu laju pada lorong kanan jalan raya sehingga terbabas.
 
"Kenderaan tersebut melanggar pembahagi jalan dan berpusing sebelum berhenti pada jalan bertentangan," kata ketua polis daerah Penampang.
 
DSP Mohd Haris Ibrahim berkata mereka yang terlibat dalam perjalanan dari Penampang ke Papar.
 
Pemeriksaan polis di lokasi kemalangan mendapati permukaan jalan basah dan licin, tetapi pemandu kenderaan tersebut bebas daripada pengaruh alkohol.
 
 

Tiada ulasan: