KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia
tidak akan sesekali mengulangi langkah menambat ringgit kerana ia akan
menjejaskan ekonomi dan kemakmuran rakyat.
“Kita menegaskan kita tidak akan mengulangi langkah itu, dengan
meyakini meskipun akan ada turun naik dalam tempoh jangka pendek, namun
bagi jangka masa panjang paras ringgit akan mencerminkan kekuatan
ekonomi Malaysia,” kata Najib semasa melancarkan Invest Malaysia 2018,
hari ini.
Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh
pemimpin pembangkang yang katanya mempunyai tanggapan menambat semula
ringgit akan menjadi satu langkah yang mudah dan membantu.
Menurut beliau, langkah menambat ringgit berbanding dolar AS yang
dilaksanakan Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia 1997/98 diambil
terlalu lama.
“Para pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap kita dan
kita mengambil masa yang lama untuk memenangi semula hati mereka. Ia
amat merugikan negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan