IPOH : Empat lelaki maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bergesel
sebelum terbabas dan melanggar sebuah kereta lain di Kilometer 278.9,
Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi ini.
Dalam nahas pada pukul 5.36 pagi itu, Rafiq Hafizi Rahimi, 21, dan
Mohd. Syarif Mohd. Said, 30, maut di tempat kejadian manakala Muhsin
Muhammad Wazer, 23, dan Mohammad Hafiz Jabon, 33, meninggal dunia di wad
kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tambi berkata, saksi
kejadian iaitu pemandu kereta jenis Proton Iswara memberitahu, ketika
kejadian kedua-dua buah motosikal datang dari arah Simpang Pulai
menghala ke Ipoh.
Katanya dipetik Utusan Malaysia, dua buah motosikal tersebut telah bergesel sesama sendiri dalam kelajuan yang agak tinggi.
“Dua buah motosikal iaitu Kawasaki Ninja dan Yamaha RXZ itu kemudiannya
terbabas dan melanggar belakang kereta Proton Iswara yang berapa di
bahagian hadapan arah yang sama.
“Pelanggaran itu mengakibatkan motosikal jenis Yamaha RXZ melambung dan
jatuh ke jalan kecil di tepi lebuh raya. Penunggang dan pembonceng
motosikal itu maut di tempat kejadian,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan