ISMA WEB
BANGI – Dua restoran makanan di Mantin diserbu kerana menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tanpa kebenaran.
Serbuan
bermula jam 11 pagi sehingga 1.30 tengah hari tadi dilakukan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Pengarahnya
KPDNKK Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, logo halal yang
dipamerkan di kedua-dua restoran telah disita bagi siasatan lanjut
mengikut Perintah 4(1)(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan
Penandaan Halal) 2011.
“Penggunaan
sijil atau logo halal adalah untuk pemegang sijil halal yang
dikeluarkan Jakim sahaja. Menjadi satu kesalahan jika ada pihak yang
menyalahgunakannya.
“Oleh itu,
kita mengambil tindakan menyita logo halal dipamerkan di dua premis itu
bagi mengelak pengguna keliru seolah-olah premis itu mendapat
pensijilan halal daripada Jakim,” katanya.
Beliau
berkata, kedua-dua pemilik restoran idisiasat mengikut Perintah 4(1)(a)
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, iaitu
menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.
Jika sabit
kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara
maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi
pertubuhan perbadanan pula boleh didenda sehingga RM250,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan