ISMA WEB
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI – Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia petang semalam, di kediamannya di Kuala Kangsar Perak.
Beliau
yang sempat melalui zaman perang Dunia, pemerintahan Jepun, era Bintang
Tiga Komunis, menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun.
Beliau
yang merupakan bapa saudara kepada Naib Presiden Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma), Abd Rahman Mat Dali pernah bertugas sebagai guru di
Sekolah Melayu Padang Gajah, sebelum mula bergiat dalam perjuangan
kemerdekaan mempertahan tanah Melayu.
“Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya di kalangan hamba-Nya yang soleh,” kata Abdul Rahman kepada Ismaweb.
Mesra dengan panggilan Cikgu Hashim, beliau menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.
Cikgu Hashim juga merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, yang memimpin 400 orang pemuda ketika itu menentang penjajah.
Pada
Disember 1948, Cikgu Hashim telah ditangkap oleh penjajah dan dipenjara
selama empat tahun mengikut Undang-undang Darurat, atas dakwaan beliau
menyertai gerakan anti-penjajah dan perjuangan menuntut Merdeka.
Cikgu Hashim mula bergiat aktif dalam perjuangan membebaskan tanah air dari penjajah ketika berusia 23 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan