Isnin, 15 Januari 2018

Amanah tewas sebelum pertempuran menentang PAS - ADUN Chempaka

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Mahmod menyifatkan Amanah sudah tewas sebelum pertempuran apabila hanya diperuntukkan sebanyak 27 kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Malah ADUN Chempaka itu berkata Amanah terbukti tidak tahu apa yang mereka mahukan dan paling penting parti serpihan PAS itu tidak bersikap tegas mempertahankan apa yang mereka dakwa (kerusi tradisi PAS) sebagai miliknya.
 
"Pada saya ini antara kegagalan pertama PAN (Amanah) sebelum perlawanan yang sebenar sebab dalam agihan kerusi pun dia tak mampu bertegas.
 
"Maknanya kalau kita lihat kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa dengan sebab PAN (Amanah) mengalah itulah selesai pengagihan kerusi," katanya kepada Antarapos.
 
Konvensyen PH di Shah Alam pada 7 Januari lalu memutuskan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen, PKR (51), DAP (35) manakala Amanah hanya (27) sahaja.
 
Senario itu memperlihatkan seolah-olah Amanah seperti terpinggir dan gagal untuk mendapat kepercayaan daripada parti komponen PH yang lain.
 
"PAN (Amanah) sendiri kalau dari satu sudut kita nampak positif tapi lagi satu sudut menunjukkan kelemahannya yang mana dia tak boleh bertegas dari sudut prinsipnya.
 
"Sebab dulu dia cabar nak lawan semua kerusi yang PAS betanding tapi daripada jumlah kerusi PAN (Amanah) dapat tak sampai separuh pun daripada kerusi yang PAS tanding manakala yang lain banyak bagi kepada PPBM," katanya.
 
Justeru wakil rakyat muda ini mengingatkan pimpinan Amanah agar tidak bermimpi di siang hari untuk merampas kerusi milik PAS.
 
"Kalau yang ini pun dia tak mampu bertegas di mana tak boleh dominan dalam PH walaupun di peringkat awal dia antara parti yang ke depan dalam menggerakkan PH.
 
"PPBM datang selepAs daripada itu dan kalau yang ini pun tak boleh selesai macam mana nak jadi alternatif kepada PAS dalam membawa Islam," katanya.
 
 

Tiada ulasan: