SEHINGGA 31 Ogos 2017,
Clare Rewcastle Brown (CRB) dan Sarawak Report (SR) masih gagal
mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang telah menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Kenapa CRB masih gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaan portal berkenaan?
Adakah itu bermaksud CRB membuat dakwaan itu tanpa bukti?
Jika benar, terbukti CRB dan SR menipu membuat dakwaan terhadap Abdul Hadi dan Perdana Menteri.
Tentunya CRB dan SR kini berada dalam dilema kerana sehingga kini gagal mengemukakan bukti.
Portal berita The Third Force di laman
sesawang www.thethirdforce.net melaporkan, kegagalan CRB menunjukkan
bukti itu secara tidak langsung telah melanggar perintah mahkamah
bertarikh 2 Ogos 2017 yang memerlukannya untuk membela diri berdasarkan
tarikh yang ditetapkan.
Kegagalan CRB itu secara tidak langsung menunjukkan dia berniat jahat bagi menggulingkan pemimpin yang dilantik secara demokratik dalam sebuah negara yang berdaulat.
Ketika ini, CRB seperti cuba untuk
melengahkan perbicaraan itu sehingga Malaysia melepasi Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14) dengan memohon tempoh lanjutan perbicaraan dari hakim.
CRB memohon hakim memberi tempoh
tambahan untuk meneruskan pembelaan dirinya yang ditentang Abdul Hadi
tersebut, tetapi permohonan itu ditolak.
Walaupun mempunyai masa yang cukup sejak
tahun lalu untuk menunjukkan buktinya, CRB gagal berbuat demikian,
bermaksud dakwaannya yang memiliki dokumen-dokumen untuk menentang Najib
adalah satu penipuan.
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap CRB di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.
Tindakan itu susulan laporan SR pada 6
Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin
atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri menarik kepemimpinan PAS untuk
menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Abdul Hadi mengarahkan peguamnya di UK
untuk menghantar tiga pucuk surat yang meminta CRB memohon maaf terhadap
tuduhan palsu, tetapi tiada maklum balas yang diterima.
CRB diminta hadir ke Mahkamah Tinggi London pada Oktober ini yang memungkinkannya untuk cuba melengah-lengahkan perbicaraan itu.
Perkembangan yang berlaku itu seperti
membayangkan bahawa Pakatan Harapan diketuai DAP yang dipimpin bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sangat bersusah-payah
untuk menjatuhkan Najib berdasarkan artikel-artikel yang ditulis oleh
CRB.
Tetapi realitinya CRB dan SR masih gagal
mengemukakan bukti mengenai dakwaan yang dilontarkan apabila diarahkan
berbuat demikian oleh mahkamah.
Rasanya tidak menjadi masalah untuk CRB mendapatkan bukti itu.
CRB dan SR hanya perlu bertemu atau menghubungi pemberi maklumat atau pihak yang ‘mengupahnya’ untuk menyebarkan dakwaan itu.
Adakah pihak pemberi maklumat itu juga tiada bukti mengenai dakwaan itu?
Jika tiada, kenapa SR berani mengeluarkan dakwaan itu?
Adakah disebabkan CRB dan SR dibayar dengan ‘upah’ yang cukup lumayan sehingga membolehkannya berani membuat dakwaan sedemikian?
Jika berani membuat dakwaan, CRB dan SR juga perlu berani berdepan dengan saman fitnah dikemukakan PAS.
Kenapa CRB mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes berkenaan?
Adakah CRB diarahkan berbuat demikian dalam usaha mengumpul bukti?
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan kemenangan awal dilihat berpihak kepada Abdul Hadi.
Bagaimanapun, perbicaraan masih diteruskan dan pihak yang bersalah akan diketahui selepas ini.
Bersalahkah CRB dan SR? Keputusan mahkamah sudah tentu akan mendedahkan segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan