Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) bagi menyiasat kerugian
urusniaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) petang tadi menuntut bekas
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jumlah kerugian
sebenar yang dialami bank pusat itu pada 1993.
Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pihaknya merujuk
laporan kewangan 1994 yang menyatakan kerugian BNM pada 1993 adalah
RM15.291 bilion.
Namun Anwar berkeras bahawa kerugian BNM pada tahun itu hanyalah RM5.7 bilion seperti yang dibentang di Kabinet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan