Sebahagian
daripada penagih dadah yang ditahan ketika operasi Bersepadu Banteras
Aktiviti Haram (Ops Bah) Wilayah Persekutuan Siri 38 FOKUS kepada
penyalahgunaan dadah di PPR Desa Rejang, Persiaran Rejang, Taman Setapak
Jaya, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – “Saya sudah nak berhenti tuan,” kata seorang
kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan dalam Ops
Bah malam tadi.
Operasi tersebut diijalankan oleh DBKL sendiri bersama 14 agensi yang
lain termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di PPR Desa Rejang,
Setapak di sini.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Datuk Izhar Abu Talib sendiri
menyoal siasat kakitangan DBKL tersebut bersama dua rakannya yang sedang
melepak ketika pemeriksaan rambang dari rumah ke rumah dilakukan. Timbalan
Ketua Pengarah Operasi AADK, Datuk Izhar Abu Talib bercakap kepada
media ketika operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Wilayah
Persekutuan Siri 38 FOKUS kepada penyalahgunaan dadah di PPR Desa
Rejang, Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur.
Duda berusia 40 tahun itu tinggal bersama anak perempuannya, tetapi
semasa operasi dia memberitahu anaknya tiada di rumah kerana tidur di
rumah rakan.
Izhar bersama beberapa anggota lain memeriksa rumah rumah tersebut
selepas melihat banyak selipar di depan rumah dan mengesyaki wujud
aktiviti tidak baik dilakukan mereka.
Ketika soal siasat, kakitangan DBKL dan dua rakannya itu menafikan
telah mengambil dadah, bagaimana sebaik diberitahu ujian air kencing
akan dilakukan, mereka terus mengaku.
Ketiga-ketiga yang ditahan tinggal di blok yang sama di PPR tersebut. Penagih-penagih
dadah yang ditahan menaiki kenderaan DBKL dalam operasi Bersepadu
Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Wilayah Persekutuan Siri 38 di PPR
Desa Rejang, Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur.
Ada kalangan kakitangan DBKL yang sedang bertugas mengenali individu
yang ditahan itu menggelengkan kepala apabila mengetahui dia terlibat
dalam penyalahgunaan dadah.
“Kami kenal staf itu, tak sangka pula dia terlibat dalam dadah.
“Minggu lepas dia ada ikut dalam operasi kami buat,” keluh staf DBKL itu semasa melihat rakannya ditahan.
Ketiga-tiga mereka dibawa ke dewan di bawah PPR untuk ujian air
kencing dan kemudiaannya dibawa memasuki trak DBKL untuk ke balai polis
berdekatan.
Dalam operasi siri ke-38 itu seramai 19 individu ditahan. Sebahagian
daripada penagih dadah yang ditahan ketika operasi Bersepadu Banteras
Aktiviti Haram (Ops Bah) Wilayah Persekutuan Siri 38 di PPR Desa Rejang,
Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur.
Rakan-rakan DBKL yang bertugas ada juga mengenali individu tersebut
yang ditahan dan mereka menggelengkan kepala apabila mengetahui terlibat
dalam penyalahgunaan dadah.
“Kami kenal staf itu, tak sangka pula dia terlibat dalam dadah.
“Minggu lepas dia ada ikut dalam operasi kami buat,” keluh staf DBKL itu semasa melihat rakannya ditahan.
Ketiga-tiga mereka dibawa ke dewan terletak bawah PPR untuk ujian air
kencing dan kemudiaannya dibawa memasuki trak DBKL untuk ke balai polis
berdekatan.
Operasi berakhir kira-kira jam 2 pagi dan kesemua 19 individu berjaya ditangkap dalam operasi di PPR Desa Rejang malam tadi.
Beberapa barang rampasan seperti ganja dan peralatan menghisap dadah juga dirampas. Antara
barangan yang dirampas ketika operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram
(Ops Bah) Wilayah Persekutuan Siri 38 di PPR Desa Rejang, Persiaran
Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur.
Izhar semasa ditemui media berkata, aktiviti penagihan dadah di PPR
seluruh Kuala Lumpur agak membimbangkan dan tahap keseriusannya
memerlukan pemantauan yang lebih kerap.
“Kawasan ini kena diberikan perhatian yang serius, sepanjang dua hari
operasi ini kami ada menangkap remaja semuda 13 tahun yang terlibat
penyalahgunaan dadah… kalau ada semuda itu, ini bermakna sememangnya ia
sangat serius,” katanya.
Jelas Izhar, mereka yang tinggal di PPR cenderung terlibat dalam
aktiviti penagihan kerana kepadatan penduduk dan juga aktiviti riadah
yang terhad.
Sepanjang dua hari ops tersebut, lebih seribu orang berjaya ditahan
dan mereka terlibat dalam pelbagai penyalahgunaan dadah. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan