shahbudindotcom
Dulu
kata mereka, Geely dari China hanya membeli 49.9 peratus saja saham
Proton dan selebihnya iaitu 50.1 peratus masih lagi dimiliki oleh
pemegang saham dari Malaysia.
Dalam
ertikata lain, 49.9 peratus yang dijual kepada syarikat China itu
hanyalah mewakili minoriti dan kita tidak perlu bimbang apa-apa
dengannya kerana majoriti masih berpihak kepada kita.
Proton, kononnya tetap milik kita, walaupun hakikatnya perbezaan 0.01 peratus itu lebih nipis daripada kulit bawang.
Sekarang apa sudah jadi?
Seorang warga China, Li Chunroong diberitakan akan dilantik sebagai CEO Proton dalam tempoh terdekat ini.
Beliau
yang sebelum ini adalah Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Honda Engine
Co telah menyertai Geely pada 22 Ogos lalu dan pemindahannya ke Geely
dikatakan adalah dengan tujuan khusus untuk dilantik sebagai CEO Proton.
Selepas Li Chunrong dilantik menjadi CEO, apa lagi bakal terjadi kepada Proton?
Untuk
mengetahui kemungkinan apa jadi seterusnya, bacalah tulisan di bawah
ini yang disebarkan secara meluas melalui Whatsapp sejak malam tadi.
Tidak
dipastikan siapa penulisnya, tetapi sepertinya beliau seorang yang
berpengetahuan dalam industri pengeluaran atau perkilangan, kalau pun
tidak dalam bidang berkaitan automotif.
Oleh
kerana tulisan tersebut mungkin bermanfaat sebagai renungan kita
bersama, maka disiarkan sepenuhnya tanpa sebarang pindaan untuk bacaan
semua di blog ini.
Bacalah dengan lapang dada, hati terbuka dan sebagai anak Malaysia yang merdeka.
------------------------
Mula mula ganti CEO at Proton Holding.
Step kedua ganti GM GM anak tempatan di semua plant Proton. Ganti dengan GM GM dari China.
Step
ketiga terminate vendor vendor tempatan. Ganti vendor vendor dari China
untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan resources di Malaysia
melalui plant Proton bawah Proton Holding.
Akibatnya
banyak kilang tempatan yang daftar dengan IKS-Industri Kecil Sederhana
akan gulung tikar dan pembuangan kerja tenaga tempatan akan berlaku dan
meningkat.
Step keempat terminate perlahan
lahan tenaga kerja anak anak tempatan dalam Proton Plant Production
Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China.
Kadar
pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank
akan jadi NPL-Non Performing Loan(rumah, kereta dan saham asb) kerana
ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana
FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi
menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini.
Contoh
projek ECRL. Semua limpahan kerja utk projek tersebut patah balik pada
contractor negara tersebut kerana semua bahan dan tenaga perkerja utk
membuat projek itu datang dari negara China.
Step
kelima mengedar kereta buatan China dengan guna semua bahan mentah dari
China tapi produksi di kilang kilang Proton dan jual ke Malaysia
melalui rangkaian pemasaran perniagaan Proton yang kita telah bina
semenjak dari 1985. Kita semai benih tapi orang lain yang nikmati
hasil. Ekonomi China pesat berjalan tapi ekonomi automotif Malaysia
melingkup.
Step keenam China akan tukar nama Proton ke Ploton.
Step
terakhir masa persidangan Umno semua perwakilan akan diajak Najib untuk
nyanyi ramai ramai Lagu Anak Kecil Main Api-Bumi di pijak milik orang,
sambil nangis tersedu sedu.
Juga semua perkara yang akan berlaku berkenaan isu ini akan di salahkan pada Dap dan Tun Dr Mahathir.
Harga yang Najib senang senang jual demi nak lenyapkan satu legasi. Tiada langsung rasa patriotik pada aset negara.
Kongsi tulisan ini jika anda sayang pada negara.
-----------------------
Bagaimana perasaan kita selepas membaca tulisan di atas?
Kuasa
China sudah mari....itu baru di Proton. Belum lagi di pelbagai projek
lain seperti ECRL, pelabuhan, pembinaan dan sebagainya yang sudah sekian
banyak diserahkan kepada syarikat China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan