Ahad, 10 September 2017

Bahasa Arab Dr Rani ceriakan misi YAM di Uganda

HUSSIN ISMAIL


HUBUNGAN kerjasama serantau ini terbina setelah sekian lama misi kemanusian dijalankan secara konsisten antara Yayasan Amal Malaysia (YAM) dan pihak kerajaan dan organisasi dari negara-negara di benua Afrika seperti Sudan, Uganda, Ethiopia dan Kenya.
Namun misi kali ini perlaksanaan misi kemanusiaan bukan saja menerusi projek berimpak tinggi Amalqurban di negara-negara tersebut, malah turut memfokuskan kerjasama serantau antara YAM dan Islmic University in Uganda (IUIU).
Perbincangan kerjasama serantau ini melibatkan pembentangan kertas kerja daripada projek berimpak tinggi YAM iaitu Education For Better Future (E4BF). Pembentangan merangkumi profil korporat YAM, Falsafah pendidikan YAM dan perkongsian model pembangunan insititusi pendidikan Human Development Academy (HUDA) dari YAM sendiri yang sedang dilaksana di Kampus sementara pusat Dakwah Serantau (PDS), Sungai Merab, Bangi, Selangor sebelum akan berpindah ke kompleks PDS di Labohan Dagang, Banting, Selangor.
Antara intipati pembentangan falsafah pendidikan antara YAM dan IUIU adalah, kepentingan pendidikan berteraskan Islam secara holistik dan adaptasi metodologi pendidikan dan pengajaran (P&P) moden sejak fasa awal pendidikan kanak-kanak lagi antara usia 4 tahun dan ke atas.
Falsafah pendidikan ini juga disokong dengan model pembangunan institusi pendidikan HUDA yang mempunyai silibus pendidikan dan latihan tersendiri. Model pendidikan mencakupi tiga (3) fasa iaitu sijil pengajian bertempoh, diploma pengajian yang dinamakan 'Transit Dakwah' dan subjek elektif.
Model pendidikan YAM mempunyai akreditasi tersendiri bagi membentuk modal insan yang pakar dalam bidang tertentu dan diperkemas dengan kefahaman Islam yang tulen. Pengakreditasi yang sentiasa diperkemas akan menjadikan model pendidikan ini lebih komprehensif.
Menerusi kefahaman Islam yang mantap akan melahirkan golongan cendekiawan yang mempunyai kesedaran dakwah yang tinggi dalam mendepani masyarakat massa.
Pelajar yang melalui proses pendidikan ini juga akan terlatih dengan kemahiran elektif seperti pertanian, pertukangan dan softskill mengikut pilihan mereka sendiri sebagai ilmu pelengkap membentuk jatidiri Muslim yang berkompetensi tinggi. Namun di peringkat IUIU, mereka telah mempunyai subjek elektif tersendiri dan mungkin perlunya diwujudkan keharmonian antara subjek elektif untuk jadikannya lebih efektif.
Pertemuan dan pembentangan ini telah  menghasilkan respon yang sangat positif antara pihak YAM, IUIU dan para penyumbang untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai perlaksanaan idea ini agar menjadi realiti secepat mungkin.
Kehadiran ADN Meru juga menyerlahkan suasana ceria dan harmoni antara ahli parlimen, gabenor wilayah, pimpinan ulama dan pensyarah universiti semasa kami di Sudan dan Uganda dan Ethiopia apabila beliau boleh berinteraksi dengan mereka dalam Bahasa Arab tempatan dengan baik.
Di peringkat YAM sendiri, kami optimis untuk meneroka lapangan baru dalam menyebarluaskan sayap pembangunan kemanusiaan di peringkat tempatan (Malaysia) dan di luar negara. Kesyumulan Islam akan terus diangkat untuk memartabatkan lagi masyarakat Islam sedunia. Menerusi Visi dan Misi YAM, kami percaya dengan doa dan kerjasama semua pihak, insy-Allah usaha baik ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya
* HUSSIN ISMAIL Presiden Yayasan Amal Malaysia – HARAKAHDAILY 

YamUganda 3
YamUganda 2



Tiada ulasan: