PILIHAN Raya Umum (PRU) ke-14 akan menjawab sama ada Pakatan Harapan (PH) atau PAS yang akan hanyut di Laut China Selatan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, rakyat akan menyaksikan sendiri parti mana yang bakal hanyut.
Katanya, PAS menawarkan pilihan kepada rakyat setelah Barisan
Nasional (BN) dan PH diterajui bekas pemimpin parti yang sama juga
berdepan dengan banyak masalah.
“Umno dan BN kita sudah tahu sikap dan sifat pemimpin mereka. Begitu
juga pemimpin PH sememangnya kita sangat kenal kerana ketuanya pernah
menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
“Rakyat kenal sangat pemimpin terbabit. Justeru PAS menawarkan
alternatif dengan Islam yang berbeza dengan parti-perti lain,” katanya
ketika merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Temerloh
malam tadi.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap PH tidak bertanding di kerusi yang ditandingi PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.– HARAKAHDAILY
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap PH tidak bertanding di kerusi yang ditandingi PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan